Saturday, 4 August 2012

Kisah.Awan.dan.Hujan

Assalamualaikum. .
Kisah ni saya terbaca dalam satu blog dan menyentuh hati saya . Saya ingin kongsikan pada pembaca sekalian .



“Hujan, tolong jangan pergi...” Kata Awan..



“Awan..., ada waktunya melepaskan itu lebih baik. Aku tidak sanggup melihatmu menanggung beban di dadamu hanya kerana tidak ingin aku pergi.”..Kata Hujan



Tapi aku masih mampu...” Kata Awan..



Hujan tersenyum sambil berkata  “Ya, mungkin kau masih mampu. Tapi sampai bila kau akan mampu bertahan?..”



Awan terdiam....



“Aku harus patuh pada perentah Tuhan. Dan kau pun harus akur pada takdirNya. Dia tahu betapa beratnya kau menanggung beban, kerana itu Dia perintahkan aku untuk turun ke bumi membasahi hamparan ciptaanNya yang Maha Agong menyejukkan tanah-tanah gersang yang lebih memerlukan aku daripada kau perlukan aku.” Kata Hujan...



Didada Awan semakin sedih, kesedihan itu membuatkan jiwa Awan terlalu mendung...



“Wahai Awan..Sungguh, kadang-kadang melepaskan itu lebih baik walaupun saat itu terasa begitu berat sekali. Tapi, Allah kan ada? Mengapa mahu bersedih?” Kata Hujan pada Awan...Hujan sebak menahan perasaan....



“Pergilah kau Hujan. Aku rela demi Tuhanku dan Tuhanmu Hanya demi Tuhanku aku redha..Terima kasih Hujan. Mendengar kata-katamu, aku lebih mengenal siapa diriku.” Kata Awan....



“Allahuuuuuu Rabbiiiiiiiiiiiiiii Selamat tinggal wahai Awan. Doakan aku bermanfaat untuk mereka yang lain... Allahuakbar!!!!!!!!” Jerit Hujan bersama guruh berdentum kuat...



Airmata Awan jatuh tanpa henti-henti kerana tersedar kembali lalu insaf kerana selama ini cintanya pada Hujan melebihi cinta pada Ilahi.



Hujan pun turun bersama air mata. Sakit. Saat melepaskan. Tapi Allah lebih tahu segalanya. Perasaan ini hanya sementara. Mungkin Langit tidak akan mengerti akan kesakitan Awan dan Hujan. Langit hanya menyaksikan. Tapi belum tentu Langit itu faham pengorbanan.

Awan, Hujan menghadiahkanmu Pelangi. Kamu lihat bukan? Subhanallah. .

* Ketika saya mmbaca kisah ni saya sedar , Allah berikan yang terbaeq untuk setiap hambanya . Kita seharusnya perlu bersyukur .

Saturday, 21 July 2012

Ramadhan.

Assalamualaikum .
Ramadhan tiba lagi . Alhamdulillah kali ini kita diberi kesempatan lagi untuk menyambut Ramadhan , iaitu bulan untuk umat Islam beribadah khususnya . Tahun ni kita berpuasa . Mungkinkah tahun depan kita akan berpuasa seperti ni? Pernah tak terfikir yang ini mungkin Ramadhan terakhir kita . Jika kita mengetahui ini ialah Ramadhan terakhir buat kita , mungkin saja sekarang kita hanya berteleku di atas sejadah , bermunajat kepada yang Esa . Sempena bulan yang penuh keberkatan ini , banyakkan lah amalan-amalan baik . Terdapat banyak kelebihan Ramadhan . Antaranya ialah  :
  • Pintu-pintu syurga dibuka
    Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
    “Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satu pun darinya. Maka berserulah penyeru; Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukankejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadhan.”
    (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)

  •  Pintu langit dibuka
    Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
    “Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.”
    (Riwayat Bukhari dan Muslim)
  • Mendapat balasan syurga
  • Doa orang yang berpuasa dimakbulkan 
  • Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka puasa dan apabila bertemu dengan Allah pada Hari Kiamat kelak
  • Orang yang berpuasa disertai menjauhi segala larangan semasa berpuasa, dan mengerjakan ibadah sunat seperti bertahlil, bertasbih dan seumpamanya, akan dibinakan mahligai yang indah di syurga.
  • Setiap kali sujud orang yang berpuasa Ramadhan dikurniakan seribu tujuh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.
  • Ganjaran pahala ibadah dan fadhilatnya 
    Ganjaran pahala mereka yang mengerjakan amal ibadah dalam bulan Ramadhan adalah berlipat-ganda. Ibadah fardhu diberi pahala sehingga tujuh puluh kali ganda; manakala ibadah sunat diberi pahala seperti ibadah fardhu. Pada keseluruhannya, bulan Ramadhan ini terbahagi kepada tiga bahagian:


    1. Untuk mendapat rahmat Allah s.w.t yang mencurah-curah.



    2. Untuk mendapat keampunan Allah s.w.t.



    3. Untuk mendapat pelepasan dari azab neraka.

    Ya Allah , sayangnya Engkau pada hambamu . Terlalu banyak nikmat yang Allah janjikan kepada orang yang berpuasa . Semoga Ramadhan tahun ni lebih baik dari Ramadhan sebelum ni .

Cita.Citaku.

Assalamualaikum .
Bila bercakap tentang cita-cita , aku tak tahu nak jadi apa . Tapi beberapa hari yang lepas , ada seorang guru di sekolah ku mengagihkan satu catatan . Tajuknya 'Cabaran Seorang Muslimah' . Bila terbaca tentang catatan tu , diriku tercabar utntuk membantu umat Islam . Aku rasa seolah-seolah sudah menjadi kewajipan bagiku untuk menyertainya  . Mungkin anda tertanya -tanya ,apa cabarannya ? Cabarannya ialah untuk jadi seorang Doktor Pakar Obstetrik dan Ginekologi . Kenapa saya menganggapnya sebagai satu kewajipan ? Tentulah . Hampir 99 peratus Pakar 
Obstetrik dan Ginekologi ialah lelaki . Kemana perginya perempuan muslimah ? Kenapa perlu lelaki yang menceburi bidang ini sedangkan penyakit ini hanya melibatkan perempuan . Saya sebagai seorang perempuan dan muslimah terpanggil untuk menceburi bidang ini . Cita-citaku hanya ingin membantu umat Islam . Ya Allah , permudahkanlah jalanku . Saya pernah juga terfikir , bagaimana degan keadaan keluargaku seandainya aku memilih jalan ini . Kerjaya seorang doktor terutama dalam bidang ini menyebabkan aku kesuntukan masa untuk bersama keluarga . Ya , memang berat risiko yang saya ambil , tapi jika semua orang berfikiran seperti ini , bila umat Islam akan maju dari semua bidang . Kita perlu berkorban untuk mencapai reformasi . Guruku selalu memberi semangat kepadaku untuk mencapai cita-cita ini . Doaku semoga aku mendapat seorang suami yang memahami kerjayaku nanti . 

Penenang hatiku

Assalamualaikum .
Saya hanya manusia yang biasa yang tak pernah lari dari buat kesilapan . Tapi kesilapan lalu banyak mengajar saya . Umur remaja sebayaku tidak lari dari perasaan ingin mencintai dan dicintai . Begitu juga diriku . Alhamdulillah Allah masih sayangkan diriku . Dia berikan hidayah buatku melalui si 'dia' . Sukar untukku melupakannya . Sebelum ni aku beranggapan dialah segalanya buatku . Tapi aku sedar , aku harus teruskan hidupku memandangkan tahun ni aku akan menghadapi peperiksaan paling besar iaitu SPM . Terlalu besar ujian untukku lalui semua ni . Hari demi hari aku tempuhi dengan harapan dapat lupakan si 'dia'. Setiap kali solatku , ku selitkan doaku untuknya . Aku berdoa agar kami sentiasa dipanjangkan jodoh . Tapi , semakin hari semakin aku tak dapat lupakan dia . Satu hari , seorang kawan bertemuku . Dia menceritakan tentang pengalaman cintanya . Ya Allah , terlalu indah kuasaMu . Kawanku bercerita , dia jatuh cinta dengan seseorang di Mekah tempoh hari . Pada nifsu Sya'aban yang lalu , kawanku telah mengerjakan solat sunat hajat 12 rakaat . Dia cakap ada hadis mengatakan doa kita tak akan ditolak kalau kita buat solat hajat 12 rakaat tu . Keesokannya , ada seorang lagi kawanku memberitahu kawanku yang tadi bahawa dia mimpikan kawanku bersama oraang yang dia cintai itu . Ya Allah , dia memberitahuku perasaan gembiranya tak tergambar . Aku sedikit cemburu . Aku pun teringin memohon kat Allah . Malam tu  , aku nekad , aku buat solat sunat hajat 12 rakaat . Aku meminta supaya Allah berikan aku petunjuk adakah si 'dia' untukku? Hanya padaNYA aku memohon . Betapa besarnya kuasaMU Ya Allah . Keesoknnya aku bangun dari tidur , pertama kali dalam hidupku , nama si 'dia tak memberi apa -apa makna dalam hidupku . Kini aku lebih tenang . Dalam sujudku , cuma doaku untuk ibubapa ku , kawan-kawanku . Tiada lagi si 'dia' . Sekarang , aku cuma doakan aku dapat jodoh yang lebih baik . Terima Kasih Ya Allah . Cita-citaku lebih penting dari segalanya . Izinkan aku menggapai cintaMu Ya Allah . Bantulah aku membantu umat Islam sejagat Ya Allah . Peliharalah Imanku . Amin .