Saturday, 21 July 2012

Ramadhan.

Assalamualaikum .
Ramadhan tiba lagi . Alhamdulillah kali ini kita diberi kesempatan lagi untuk menyambut Ramadhan , iaitu bulan untuk umat Islam beribadah khususnya . Tahun ni kita berpuasa . Mungkinkah tahun depan kita akan berpuasa seperti ni? Pernah tak terfikir yang ini mungkin Ramadhan terakhir kita . Jika kita mengetahui ini ialah Ramadhan terakhir buat kita , mungkin saja sekarang kita hanya berteleku di atas sejadah , bermunajat kepada yang Esa . Sempena bulan yang penuh keberkatan ini , banyakkan lah amalan-amalan baik . Terdapat banyak kelebihan Ramadhan . Antaranya ialah  :
  • Pintu-pintu syurga dibuka
    Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
    “Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satu pun darinya. Maka berserulah penyeru; Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukankejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadhan.”
    (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)

  •  Pintu langit dibuka
    Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
    “Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.”
    (Riwayat Bukhari dan Muslim)
  • Mendapat balasan syurga
  • Doa orang yang berpuasa dimakbulkan 
  • Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka puasa dan apabila bertemu dengan Allah pada Hari Kiamat kelak
  • Orang yang berpuasa disertai menjauhi segala larangan semasa berpuasa, dan mengerjakan ibadah sunat seperti bertahlil, bertasbih dan seumpamanya, akan dibinakan mahligai yang indah di syurga.
  • Setiap kali sujud orang yang berpuasa Ramadhan dikurniakan seribu tujuh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.
  • Ganjaran pahala ibadah dan fadhilatnya 
    Ganjaran pahala mereka yang mengerjakan amal ibadah dalam bulan Ramadhan adalah berlipat-ganda. Ibadah fardhu diberi pahala sehingga tujuh puluh kali ganda; manakala ibadah sunat diberi pahala seperti ibadah fardhu. Pada keseluruhannya, bulan Ramadhan ini terbahagi kepada tiga bahagian:


    1. Untuk mendapat rahmat Allah s.w.t yang mencurah-curah.



    2. Untuk mendapat keampunan Allah s.w.t.



    3. Untuk mendapat pelepasan dari azab neraka.

    Ya Allah , sayangnya Engkau pada hambamu . Terlalu banyak nikmat yang Allah janjikan kepada orang yang berpuasa . Semoga Ramadhan tahun ni lebih baik dari Ramadhan sebelum ni .

0 comments:

Post a Comment